LATIHAN


Latihan Kata Ganda

1.       _______________ merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap.

A.      Jejentik                        B. Lelabah           C. Rama-rama                    D. Pepijat


2.       Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________  di takung air.

A.      jejentik                        B. kekuda            C. rama-rama                     D. pepijat


3.       ____________ adalah sejenis menatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.

A.      jejentik                        B. lelabah            C. rama-rama                     D. pepijat


4.       Datuk saya sedang menebas ________________  di belakang rumah saya.

A.      Semak-samun           B. kayu-kayan                    C. bukit-bukau                  D. pepara


5.       Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .

A.      semak-samun           B. kayu-kayan                    C. bukit-bukau                  D. pepara


6.       Jurutera itu menggunakan _____________  untuk melukis sudut 90 darjah.

A.      Pepara                          B. kayu-kayan                    C. Sesiku              D.  jejari


7.       Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.

A.      Jejantas                       B. jambatan                        C. jejambat         D. jejari


8.       ____________  Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali.

A.      Jejari             B. jari-jemari                      C. jejaki                                D. lelabi               


9.       __________  adalah alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. Ia just merujuk kepada kayu utk menahan bumbung rumah atau bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru.

A.    Kekuda                  B. sesiku                     C. jejaki                       D. gegendang


10.   ______________ yang merentangi jalan kereta api itu penuh sesak dengan kereta.

A.      Jejantas                       B. jambatan                        C. jejambat                         D. jejari



Jawapan :  1. B,  2. A,  3. D,   4. A,   5. D,  6. C,  7. A,  8. B,   9. A,  10. A


 latihan 2

1 Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal
   ayahnya.
A erat-erat
B dekat-dekat
C betul-betul
D diam-diam
2 Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.
A hangar-bingar
B kucar-kacir
C dolak-dalik
D remeh-temeh
3 Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.
A berketul-ketul
B berbonggol-bonggol
C bergumpal-gumpal
D bersimpul-simpul
4 Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar
   ceramah yang disampaikan oleh calon.calon yang bertanding.
A berhimpit-himpit
B berpusu-pusu
C berebut-rebut
D berbaris-baris
5 Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak
   kelihatan gondol.
A rumput-rampai
B gunung-ganang
C semak-samun
D bukit-bukau
6 Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
A terketar-ketar
B tergigil-gigil
C termangu-mangu
D terkial-kial
7 Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang
    ke.14.
A berseri-seri
B berkilau-kilau
C berpinar-pinar
D bersinar-sinar
8 Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.
A berbuai-buai
B berkibar-kibar
C bergoyang-goyang
D bergerak-gerak
9 Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.
A calar-balar
B bengkak-bengkil
C comot-momot
D bengkang-bengkok
10 Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya
      yang sibuk itu.
A dekat-dekat
B kadang-kadang
C nyaris-nyaris
D hampir-hampir
11 Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan 
     kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ 
     hutan simpan itu.
A simpang-siur
B selok-belok
C lekak-lekuk
D hiruk-pikuk
12 Persahabatan kami tetap erat walaupun kami tinggal berjauhan kerana 
     kami sering   __________.
A pandang-memandang
B jelling-menjeling
C tegur-menegur
D kunjung-mengunjung
13 Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel 
      penamat ditiupkan.
A huru-hara
B hiruk-pikuk
C kacau-bilau
D kucar-kacir
14 Tangisan pilu mangsa kekejaman Zionis itu masih _________ di telingaku.
A terngiang-ngiang
B teringat-ingat
C berbisik-bisik
D berdering-dering
15 Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang
     __________.
A pinar-pinar
B balam-balam
C samar-samar
D suram-suram
16 Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti 
     kelahiran anak sulungnya.
A ulang-alik
B lintang-pukang
C mundar-mandir
D kelam-kabut
17 Kemunculan seekor tikus dari celah pintu itu telah menyebabkan suasana
     __________ di kelas 6 Teratai.
A hangar-bingar
B gundah-gulana
C jerit-pekik
D tunggang-langgang
18 __________ muka adik menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya.
A Bermuka-muka
B Berpinar-pinar
C Berkedut-kedut
D Berkerut-kerut
19 Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan
     bertubi . tubi pasukan lawan.
A hiruk-pikuk
B kucar-kacir
C kacau-bilau
D haru-biru
20 Puan Kumari menggunakan ___________ yang diimport khas dari India untuk
     melazatkan masakannya.
A beras-petas
B kuih-muih
C rempah-ratus
D sayur-mayur
21 Selepas mandi, dia mengenakan __________ pada badannya agar harum.
A bunga-bungaan
B ubat-ubatan
C biji-bijian
D bau-bauan
22 Guruh berdentum, kilat __________ menandakan hujan lebat akan turun membasahi
     bumi.
A sabung-menyabung
B sapa-menyapa
C tolak-menolak
D cuit-mencuit
23 Kakak tidak dapat tidur lena di rumah nenek kerana asyik terdengar 
     bunyi __________buah mangga yang gugur.
A letuk-letak
B lepak-lepuk
C lesuk-lesak
D letung-letang
24 Ibu mengusap __________ adik yang masih merah dengan penuh kasih sayang.
A mata-mata
B rambut-rambut
C ubun-ubun
D tulang-tulang
25 Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja
     menghadapi masalah sosial.
A huru-hara
B hangar-bingar
C gundah-gulana
D porak-peranda
26 Dari jauh kelihatan sebuah kapal __________ di tengah lautan.
A berbalam-balam
B berbelang-belang
C berbalun-balun
D berlalu-lalang
27 Skru besar itu tidak dapat digunakan kerana __________ nya sudah haus.
A sesendi
B bebenang
C kekuda
D kekisi
28 Suatu ketika dulu, feri .Gadis Langkasuka. __________ dari Pulau Pinang
      ke Medan, Indonesia.
A lalu-lalang
B mundar-mandir
C bolak-balik
D lintang-kedak
29 Sampan kecil di laut itu kelihatan _________ apabila dipukul ombak.
A terhuyung-hayang
B terkapai-kapai
C terapung-apung
D terolang-aling
30 Badan peserta . peserta Program Latihan Khidmat Negara _________ kerana
     meredah belukar.
A calar-balar
B pucat-lesi
C koyak-rabak
D comot-momot

No comments:

Post a Comment